“Benar”

​Benar.

Sakitnya sebuah pengharapan. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada seseorang & akhirnya jawapan yang kita terima adalah penolakan. 
Benar. 

Sakitnya sebuah perpisahan. Berharap hubungan yang dijalin melangkah ke fasa seterusnya tetapi sayang apa yang dirancang adalah sebaliknya.
Benar.

Sakitnya sebuah penantian. Kita banyak membuang masa menunggu seseorang yang belum pasti menjadi milik kita dan akhirnya semuanya berakhir dengan sia sia.
Redhakan hati di setiap perpisahan & kekecewaan. Kita merancang. Allah juga merancang.
Tetapi Allah lebih tahu apa yng terbaik buat hambanya.

Terkadang apa yang kita inginkan Allah tidak makbulkan bukan kerana Allah kejam dengan hambanya, cuma Allah lebih tahu bila saat yang tepat untuk memperkenankan doamu

“Bila Kita Berubah Kerana Allah”

​✨Bila kita berubah kerana Allah.

Allah akan hantar orang orang yang baik bersama kita.
Jujur.

Hati dapat merasa.
Saat hati benar benar penat dengan dunia. Saat hati kosong dengan dunia. Saat hati terdetik untuk berubah. Saat hati terasa sukar untuk mengungkap. Saat hati mula memandang yang hati perlu kenal Islam.
Saat itu, Allah beri tempat baru. Allah beri kawan baru. Allah beri rasa perubahan itu. Alhamdulillah.✨✨✨
Walau terkadang diri terpesong. Walau terkadang diri lalai. Tetap ada sahabat yang membetulkan.💖
Perlunya hati untuk terus kuat. Perlunya untuk ada sesuatu yang boleh menyelamatkan kita saat jatuh.
Berubah itu mudah, istiqomah itu payah. Berkata dan menulis itu mudah, beramal itu payah.
Moga diri terus kuat menahan penahan dunia. Dunia hanya sementara. Amal juga yang akan kekal menyelamatkan kita ‘di sana’.🌱
~🌹

“Tanda Si Dia Mahu Berpisah”

Lelaki sebenarnya tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan situasi yang melibatkan perpisahan. Namun, ada sesetengah lelaki yang sememangnya berani mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada kekasihnya. Maklumlah, hati sudah tawar. Tapi, bagi lelaki yang tak berani untuk mengucapkan ungkapan tersebut, mereka akan mengambil pendekatan ini – MENDIAMKAN DIRI. Jadi, hubungan yang sudah keruh akan menjadi semakin keruh dan renggang. Sebenarnya lelaki yang tak berani berdepan dengan realiti dianggap sebagai LELAKI PENGECUT! Nampak saja hebat dan gagah perkasa namun mereka tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk berdepan dengan situasi itu. Perempuan pun apa kurangnya, golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari berhadapan dengan situasi seperti ini. Tapi, masyarakat sekeliling tak boleh salahkan kaum perempuan sekiranya mereka bertindak melarikan diri daripada masalah. Kerana kaum perempuan inikan lemah lembut, jiwa mereka mudah sensitif.



Mudah saja sekiranya anda ingin mengetahui sama ada si dia ingin berpisah dengan anda ataupun tidak. 

1. dia akan membiarkan anda menunggunya sehingga berjam-jam lamanya. Sedangkan dia berjanji untuk berjumpa dengan anda tepat jam 3petang namun dia dengan sengajanya akan membiarkan anda menunggunya sehingga jam 6petang. Memang melampau! Dia mungkin beranggapan bahawa anda akan berubah hati dengan dia. Malah, tanpa rasa bersalah, dia hanya akan memberikan alasan yang tak munasabah seperti ADA KERJA TADI atau JALAN SIBUK. Kalau ya pun ada kerja yang perlu diselesaikan, apa salahnya sekiranya dia menghantar SMS dan memberitahu anda bahawa dia mungkin akan datang sedikit lewat. Nampak sangat dia sengaja, supaya anda berasa geram dan marah. Jadi mudahlah baginya untuk meninggalkan anda atau ditinggalkan anda. Atau mungkin dia akan melayan anda seperti kawan biasa sahaja. Malah, SMS yang dihantarnya dalam seminggu boleh dibilang dengan jari saja! ‘SIBUK’ betul dia kan. Hm….


2. dia mungkin akan mula menunjukkan sikap dingin dengan anda. Apa jua aktiviti yang dilakukannya, dia hanya akan melakukan secara diam-diam. Berbeza dengan sewaktu awal perkenalan, ke mana saja dia pergi, bersama siapa, pasti anda akan mengetahui secara terperinci. Malah, dia sendiri yang akan mengajak anda ikut bersama. Tapi, sekarang, segalanya sudah berubah, segalanya hanya rahsia. Katanya, BIARLAH RAHSIA. Maksud yang ingin disampaikannya ialah SAYA NAK BERPISAH DENGAN AWAK.]


3. cuba anda bertanya kepada si dia, “Bila kita nak kahwin?” atau “You sudi tak nak kahwin dengan i?” Cuba anda lihat reaksi wajah yang diberikannya. Mesti selamba bukan? Atau mungkin dia akan mula menggelabah. Atau mungkin juga dia akan menukar topik perbualan. Sekiranya jawapan yang anda dapat ialah “I belum bersedia lagi”, mungkin anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. Namun, ada juga orang yang mungkin benar-benar belum bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama. Maklumlah, umur masih mentah, tiba-tiba saja, terus diajak berkahwin. Memang gelojoh! 


4. cuba anda lihatrenungan matanya atau gerak-gerinya. Segalanya akan terserlah pada tindak-tanduk dan wajahnya. Sekiranya dia masih menyayangi diri anda, wajahnya akan sentiasa berseri-seri apabila bersama anda. Maklum sajalah, hati tengah berbunga-bunga. Tapi, awas sekiranya mukanya kelat dan pahit saja, mungkin hatinya tidak tenang dan tidak selesa bersama anda. Malah, sekiranya matanya hanya memandang anda dengan sekali imbas saja, mungkin anda perlu bersiap sedia juga. Tapi, anda juga perlulah bijak membezakan antara sikap dingin sewaktu marah atau bertengkar dengan sikap dingin apabila ingin berpisah. Takut anda fikir lain, padahal dia mungkin tengah bengang manja dengan anda.


5. Aque rasa tindakan ini paling mudah untuk dikesan sekiranya dia ingin berpisah. Dia sibuk melayan orang lain sedangkan anda hanya dibiarkan keseorangan melayan fikiran sendiri. Misalnya, dalam FACEBOOK, anda dan dia ‘online’ serentak namun apa yang dilakukannya ialah sibuk melayan komen-komen daripada gadis/lelaki lain tanpa mempedulikan anda. Mana mungkin dia tidak perasan bahawa anda juga sedang ‘online’. Hmm.. Mungkin itu satu petanda bahawa dia ingin cepat-cepat berpisah. Tapi, sekali DA ingin ingatkan kepada anda, anda perlu bijak membezakan antara sikap dingin apabila ingin berpisah dengan sikap dingin sewaktu merajuk manja. Atau mungkin dia akan mulaberubah sikap. Dahulunya, si dia memang seorang yang pemaaf dan sentiasa sabar. Namun, sekarang, pantang silap sedikit, pasti dia akan mengamuk sakan! Pasti anda akan dicemuh, dimaki dan diherdik. Anda perlu menyiasat sama ada dia mungkin sedang mempunyai masalah yang besar jadi dia akan melepaskan marahnya terhadap anda atau sememangnya dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah namun dengan sengaja ingin memarahi anda. Aque hanya boleh cakap – awas.



#potrethati

​Andai Esok Tak Pernah Datang

 

 

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kulihat dirimu terlelap tidur

aku akan menyelimutimu dengan lebih rapat dan berdoa kepada DIA agar menjaga jiwamu

 

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kulihat dirimu melangkah keluar pintu

aku akan melihat kenangan kita semalam satu demi satu

 

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya kudengar suaramu memuji

aku akan merakam setiap kata dan tindakan dan memutarnya lagi di sepanjang sisa hariku

 

Bila kutahu ini akan menjadi terakhir kalinya

aku akan meluangkan waktu extra satu atau dua minit untuk berhenti dan mengatakan ”Aku mencintaimu atau Aku menyanyangimu”

 

JADI

seandainya esok tak pernah datang dan hari inilah yang kupunya

aku ingin mengatakan betapa aku sangat mencintaimu dan kuharap kita tak akan pernah lupa bahwa esok tak dijanjikan kepada siapa pun baik mereka yang sudah tua maupun masih muda

 

:Sebenarnya

hari ini mungkin kesempatan terakhir kita untuk memeluk erat orang tersayang

bila kita sedang menantikan hari esok

mengapa tidak melakukannya sekarang?

kerana,bila esok tak pernah datang,kita pasti akan menyesali hari ini

saat kita tidak meluangkan waktu untuk memberikan sebuah senyuman, pelukan atau ciuman

apatah lagi saat kita terlalu sibuk untuk memberi perhatian pada seseorang

apa yang ternyata merupakan permintaan terakhir mereka

 

Sahabat hati

jom kita dakap erat orang-orang tersayang kita hari ini dan bisikkan di telinga mereka bahawa kita sangat mencintai mereka dan akan selalu menyayangi mereka

 

Luangkan waktu untuk mengatakan, ”Aku menyesal,” atau, ”maafkan aku,” dan juga, ”terima kasih,” serta”tidak mengapa”

 

Agar

bila esok tak pernah datang

kita tak akan menyesali hari ini