Extra tips:

P/s: perkara di bawah ni dah berlaku kat aku so amek iktibar sikit :p
* – kadang-kadang JPJ saja dok buat trick nak bagi hampa fail test so jangan dengaq cakap
    depa. Ikut undang-undang and cara-cara cikgu hampa ajar sebelum ni okay? 🙂
  – kadang-kadang JPJ buat2 marah sebab depa nak buat hampa nervous. so bila hampa
    nervous berkemungkinan besar hampa akan lupa step2 yang cikgu hampa ajar sebelum ni 🙂

20 Perkara yang JPJ Test *please take note! very important! *


1) membetulkan tempat duduk
2) membetulkan cermin pandang belakang dan tepi
3) pakai tali pinggang keledar
4) menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan enjin
5) menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat
6) guna isyarat lampu bila diperlukan
7) guna brek kaki dan tangan dengan betul
8) mematuhi lampu isyarat
9) mematuhi tanda berhenti di persimpangan
10) mematuhi peraturan di persimpangan jalan
11) memandu di lorong yang betul / kawalan steering
12) memandu kenderaan di jarak yang selamat
13) memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang
       belakang sebelum belok
14) mematuhi had laju
15) memberi keutamaan kepada penjalan kaki, penunggang basikal dan moto
16) memandu di selekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yg betul
17) tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesatan lalulintas
18) memberi keutamaan kpd kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan
19) memandu secara tidak berbahaya
20) menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan

Contoh-contoh kesalahan mandatori ( gagal serta merta ):

============================================1. Anda tidak tarik brek tangan dan bebaskan gear ketika berhenti di simpang tiga.
2. Anda terus memandu walaupun lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Anda melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Tidak memberi isyarat ketika hendak membelok dan memotong.

kertas yang jpj tu tande merangkumi:


Markah 1 ->
– Membetulkan tempat duduk.

Markah 2 ->
– Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.

Markah 3 ->
– Pakai talipinggang keledar.

Markah 4 ->
– Menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan engin motokar.

Markah 5 ->
– Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat.

Markah 6 ->
– Guna isyarat lampu/tangan apabila diperlukan.

Markah 7 ->
– Guna brek kaki dan tangan dengan betul.

Markah 8 ->
– Mematuhi peraturan lampu isyarat.

Markah 9 ->
– Mematuhi tanda berhenti di persimpangan jalan.

Markah 10 ->
– Mematuhi peraturan garisan dua selari.

Markah 11 ->
– Memandu di lorong yang betul/kawalan steering.

Markah 12 ->
– Memandu kenderaan di jarak yang selamat.

Markah 13 ->
– Memotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.

Markah 14 ->
– Mematuhi had laju.

Markah 15 ->
– Memberi keutamaan kepada pejalan kaki,penunggang basikal dan motosikal.

Markah 16 ->
– Memandu di selekoh dengan cara yang betul,perlahan dan ikut lorong yang betul.

Markah 17 ->
– Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas.

Markah 18 ->
– Memberi keutamaan kepada kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan.

Markah 19 ->
– Memandu secara tidak merbahaya.

Markah 20 ->– Menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan. 

Nota: Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.

Rutin Sebelum Memandu (RSM) Kereta


1. Pastikan first sekali korang masuk dalam kereta bagi salam kat    orang JPJ yang menjadi tester korang. Barulah nampak sopan.    – Assalamualaikum Tuan    – Assalamualaikum Puan2. Then, masuk duduk dengan tenang..3. Start komunikasi dengan JPJ..pastikan brek tangan ditarik.    (walaupun dah ditarik..korang turunkan semula dan tarik     sekali lagi).4. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan.5. Tentukan kedudukan tangan (stering sama betul dengan nadi     korang).6. Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri..serta cermin     pandang belakang (buat tau jangan cakap je..hehe)7. Ok then, korang ONkan suis kereta korang..jangan hidupkan     enjin lagi.8. Check instrumen kat dashboard depan korang tu..jangan blog    je korang ingat ade dashboard. haaa. Tunjukkan kat Tuan    atau Puan JPJ tu ye.    – nyatakan tolok bahan bakar (ikut keadaan kereta korang la).    – nyatakan tolok suhu enjin (ikut keadaan kereta korang la).    – tunjukkan lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu       amaran bateri dan lampu amaran brek tangan.9. Seterusnya pastikan gear berada dalam keadaan bebas    (Gerak2kan gear). so that JPJ perasan perbuatan korang.10. Hidupkan enjin..(jangan lupa. tolong la jangan lupa pastikan      kaki korang menekan brek atau cekam/clutch)..so that JPJ      x tick dalam kotak borang ujian korang). Lin alaminya..haha.11. Mula memastikan peralatan kereta korang berfungsi dengan      baik. (buat jangan x buat)      – lampu depan berfungsi dengan baik.      – lampu isyarat sebelah kanan dan sebelah kiri berfungsi        dengan baik.      – lampu hazard berfungsi dengan baik      – hon berfungsi dengan baik      – pemancut air dan pengelap cermin berfungsi dengan baik      – untuk takometer..korang kena tekan minyak ok..        then meter takometer akan naik. Pastu cakap berfungsi        dengan baik jugak.12. Last but not least…perkara paling penting yang wajib. ingat       kalau nak lulus JPJ test adalah uji tali pinggang keledar dan       pakai. (cara nak uji tali pinggang..korang tarik skit tali pinggang      dan sentap dengan kuat 2 kali). Barulah markah korang x kena       potong.13. Ok..then jangan rude sangat tiba2 terus nak gerak. X sabar bena       nampak. Minta izin JPJ mohon mula bergerak ye..korang.

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) Kereta


1. Cermin hadapan kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah,     tidak retak.2. Bilah pengelap cermin berada dalam keadaan baik, lembut, tidak     retak, tidak koyak.3. Bonet berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak terbuka.4. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca..    (sebut nombor plat kereta korang dapat).5. Lampu hadapan sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan     baik, tidak pecah, tidak retak.6. Bamper berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.7. Lampu isyarat sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak     pecah, tidak retak.8. Cermin sisi sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak     pecah, tidak retak.9. Tayar hadapan sebelah kanan:    – bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok       bunga tayarnya).    – tekanan angin mencukupi.    – keadaan fizikal tayar baik.10. Pintu hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh       dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.11. Tingkap hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik,       boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).12. Jangan lupa tarik dan tekan tombol bonet dan but yang berada       berdekatan   di tempat duduk pemandu sebelum pintu pemandu       (pintu hadapan sebelah kanan) ditutup.13. Pintu belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh       dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.14. Tingkap belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik,       boleh diselaraskan (pulas tombol..turunkan dan naikkan cermin).15. Tayar belakang sebelah kanan:    – bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok        bunga tayarnya).    – tekanan angin mencukupi.    – keadaan fizikal tayar baik.16. Cermin belakang kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah,       tidak retak.17. Lampu isyarat, mengundur dan lampu brek sebelah kiri dan kanan      berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.18. Lampu brek ketiga berada dalam keadaan baik, tidak pecah,      tidak retak.19. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca      (sebut nombor plat kereta yang korang dapat).20. Buka but dan periksa komponen dalam but:      – tayar ganti ada (sebut tiga komponen iaitu..bunga tayar,         tekanan angin, dan keadaan fizikal tayar).                               – perkakas asas ada dan mencukupi.      – segi tiga amaran ada dan.      – alat pemadam api ada.      (selesai periksa, tutup but)21. Bamper belakang berada dalam keadaan baik dan kemas,       tidak longgar.22. Tayar belakang sebelah kiri:      – bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok         bunga tayarnya).      – tekanan angin mencukupi.      – keadaan fizikal tayar baik.23. Pintu belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh       dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.24. Tingkap belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik,       boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan       cermin).25. Pintu hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh       dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.26. Tingkap hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik,       boleh diselaraskan(pulas tombol..turunkan dan naikkan       cermin).27. Tayar hadapan sebelah kiri:    – bunga tayar masih elok (biasa kereta untuk RPK masih elok      bunga tayarnya).                            – tekanan angin mencukupi.    – keadaan fizikal tayar baik.28. Lampu isyarat sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak       pecah, tidak retak.29. Cermin sisi sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak       pecah, tidak retak.30. Buka bonet dan periksa komponen dalam bonet (perkenal       paling kurang 7 komponen dalam bonet).       – Bekas simpanan air pencuci cermin.          > air ada dan mencukupi      – Tabung minyak brek.          > paras bendalir brek mencukupi.      – Batang penyukat minyak enjin.          > tarik penyukat dan lap (biasa jpj akan sediakan kain atau             tisu). masukkan balik dan tarik balik. paras minyak enjin             mencukupi antara F / L      – Tali sawat.         > masih terik, tegang, tidak kendur      – Bateri sel basah / kering.          > (buka penutup bateri sel basah dan periksa air)      – Hos tangki air.         > getah masih lembut dan boleh digunakan      – Penutup tangki air (radiator).         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi dan tutup            dengan rapat                                    – Tangki air simpanan untuk tangki air         > buka penutup, pastikan paras air mencukupi