​JANGAN PAKSA

Ramai manusia sering kata, perasaan itu boleh dipupuk. Cumanya jika dia tiada, jangan paksa untuk dia ada. Kerna meng’ada-adakan perasaan menyukai seseorang, itulah penjara kehidupan seorang manusia.

Kalau kau tak boleh nak ada perasaan pada dia, terus terang. Jangan hanya memendam perasaan dan cuba. Ya, mencuba itu harus. Tapi jika cubaan kau sudah melebihi 3 kali, itu bukan dipanggil mencuba, itu dipanggil memaksa dan menyeksa.
Kadangnya kau terpaksa,
Sorry i can’t love you. Aku dah cuba.
Ya, ianya nampak kejam tapi yang lagi kejam ialah, manusia yang hidup dalam kepura-puraan untuk menyukai manusia lain. Itu sad story dan sad ending.

Tidak Semua….

​Tidak semua manusia itu jahat dan ingin melukakan kau,
ada sahaja yang baik,

ada sahaja yang ikhlas mahu bersama,

ada sahaja yang terima kau seadaanya.
Berkenalan dengan seseorang itu memang umpama perjudian. Kadangnya kau jumpa manusia yang elok dan terus bahagia hingga selamanya.
Dan kadangnya juga kau akan jumpa yang kurang elok dan buatkan kau tersedar banyak perkara. Itu bukan malapetaka, itu juga dipanggil rahmat. Kerna manusia jenis itu akan mengajar kau lebih banyak tentang erti bahagia dan menghargai.
Tidak salah mencuba dan kau rugi jika tidak mencuba dan sentiasa mahu berjaga-jaga. Setiap keputusan yang kau lakukan, dipengakhiran ceritanya itu pasti punya rahmat yang Tuhan mahu kau terima.
Berhentilah jadi penakut dan beranilah untuk jatuh dan bangun.